M. Manogaran pilihan tepat - Tun M

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan M. Manogaran sebagai calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah tepat. Ini sekaligus menepis dakwaan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan Dr Mahathir tidak yakin dengan kemenangan Manogaran, malah, kononnya mahu calon Barisan Nasional Ramli Md Nor menang.