Tutup

M. Nasir rai ulang tahun ke-40 dengan konsert mega

Sebagai mengenang suka-duka 40 tahun bergelar anak seni, legenda Datuk M. Nasir bakal menghadiahkan peminat sebuah konsert solo berskala besar pada 23 November ini. Konsert "M. Nasir satu hikayat 40 tahun perjalanan" menyaksikan penyanyi dan komposer berusia 62 tahun itu bakal mempersembahkan lagu-lagu malar segar, sejak kemunculan pertama beliau pada 1979 sehingga kini.