MA63: Kurang 10 undi, kerajaan gagal pinda Perlembagaan Persekutuan

Kerajaan tidak berjaya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan apabila gagal mendapat sokongan dua pertiga daripada jumlah ahli Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan perkara tersebut selepas undian belah bahagian dijalankan bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Pindaan 2019.