MA63: MP perlu mempunyai fahaman lebih jelas, bukan sekadar luaran

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dijelaskan dengan terperinci dan bukan sekadar luaran sahaja agar pemahamannya dari sudut hak dan undang-undang mampu difahami rakyat, terutamanya Ahli Parlimen. Penasihat MA63 kepada kerajaan Sabah, Zainnal Ajamain berkata ia sebenarnya tidak menjadi masalah untuk mendapat sokong dua pertiga di Parlimen jika Ahli Parlimen benar-benar faham akan perubahan yang dibentangkan.