Tutup

"Maafkan saya kerana atasi krisis kewangan" - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas tindakan beliau yang disifatkan menguntungkan taikun ketika negara mengatasi krisis kewangan pada tahun 1997-1998. Menerusi catatan terbaharu di blog Chedet hari ini, Dr Mahathir berkata, itu adalah cara beliau menyelesaikan krisis kewangan yang melanda negara ketika itu.