MAB alih ke fasa penyusunan semula seterusnya

Prestasi Tepat Masa (OTP) Malaysia Airlines Berhad (MAB) bertambah baik sejak ia menjadi entiti baharu pada satu September 2015. Dalam laporan kemas kini suku tahunan pertamanya yang dikeluarkan pada Jumaat, MAB mencapai 89.8 peratus OTP sehari meskipun gangguan utama yang disebabkan jerebu baru-baru ini.