Mahathir gembira 'Raja Gigi' cadang tarik pesawat guna gigi

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gembira dengan kesungguhan V. Rathakrishnan atau lebih dikenali sebagai Raja Gigi yang mahu menarik pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines menggunakan giginya. Ia dijangka akan berlangsung pada April 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).