Mahkamah khas kendali kes pemerdagangan manusia

Mahkamah Khas Jenayah Pemerdagangan Manusia yang akan diwujudkan dapat menyelesaikan beberapa kes tertunggak yang memerlukan perbicaraan segera. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan mahkamah khas itu sangat penting untuk membuktikan keseriusan kerajaan dalam membicarakan kes pemerdagangan manusia sama ada ia dilakukan oleh atau ejen tempatan dari luar negara.