Mahkamah maya sebagai antara pembaharuan

Tan Sri Richard turut mengulas mengenai pelaksanaan mahkamah maya sebagai sebahagian daripada pembaharuan dalam penyampaian sistem keadilan dipacu teknologi. Sistem ini termasuk undian secara atas talian untuk memilih hakim untuk kes. Sistem ini dijangka akan meningkatkan ketelusan, keyakinan awam dan mengurangkan masa proses pemilihan.