Mahkamah tolak saman 577 peneroka terhadap Felda

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak saman yang dikemukakan 577 peneroka dari Felda Chini dan Chini Timur terhadap Felda serta sebuah anak syarikatnya atas dakwaan penipuan dan pecah amanah. Keputusan dibuat hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan itu berdasarkan keterangan saksi sepanjang 51 hari perbicaraan.