Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mahkamah tolak tangguh hukuman penjara wanita hina polis

Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini menolak permohonan seorang pembantu kedai untuk menangguh hukuman penjara lima bulan terhadapnya selepas didapati bersalah menghina polis melalui aplikasi Facebook pada 27 Mac lalu. Hakim Murtazadi Amran membuat keputusan itu selepas menganggap kesalahan tertuduh adalah berat dan tiada alasan istimewa untuk beliau berbuat demikian.