Mahu jadi pembangkang berwibawa, UMNO nafi dalang video intim

Pemuda UMNO turut nafi pergerakan itu didakwa mendalangi penyebaran video intim mengaitkan seorang Menteri Kabinet dalam Pakatan Harapan, PH. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan, berkata, seluruh anggota pergerakan Pemuda UMNO merasakan muak dengan dengan isu membabitkan skandal seks untuk ditarik sebagai isu politik. Katanya, UMNO mahu menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya melemparkan isu-isu tidak bermaruah. Tambah beliau, tudahan bahawa pergerakan Pemuda UMNO campur tangan dalam isu itu hanyalah propaganda Pakatan Harapan semata-mata.