Tutup

Majikan perlu wujudkan suasana kerja kondusif

Dua hari lalu, kita dikejutkan dengan kejadian seorang pembantu makmal bertindak menikam dan mencekik rakan sekerjanya di sebuah Kolej Vokasional di Banting, Selangor. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan mendapati, suspek mempunyai sejarah masalah kesihatan mental. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di negara ini. Namun, kejadian itu membuka mata banyak pihak mengenai perlukah saringan kesihatan mental dilaksanakan sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan. Perkara itu kami tanyakan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar. Menurutnya, dalam menangani masalah berhubung kesihatan mental pekerja, majikan juga harus memainkan peranan. Ini termasuk menyediakan suasana yang kondusif untuk mengurangkan kemungkinan pekerja untuk menghadapi masalah mental.