Majikan tiada hak potong gaji pekerja untuk bayar PTPTN kecuali dengan persetujuan peminjam

Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran berkata, akta PTPN juga tiada peruntukan hak kepada majikan. Pemotongan terus oleh majikan hanya boleh dibuat sekiranya akta PTPTN dipinda. Ditanya mengenai keluhan peminjam yang anggap arahan bayaran itu sebagai membebankan, YB Kulasegaran berkata, setiap pihak perlu memainkan membantu ketika kedudukan kewangan negara pada tahap kritikal. Barisan menteri juga katanya berkorban dengan memotong gaji mereka sebanyak 10 peratus. YB Kulasegaran berkata demikian kepada media selepas menghadiri forum undang-undang pekerjaan 2018 di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Khamis.