Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Parlimen ke-14

Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan mesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu. Mesyuarat akan bermula pada 10 pagi dengan urusan pertama yang akan diselesaikan iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.