Majlis penutup Kursus Anti Rasuah

Pagi tadi berlangsung Majlis penutup Kursus Anti Rasuah yang dianjurkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seramai 38 pegawai pencegahan rasuah dari Thailand hadir bagi menjalani kursus selama dua hari, yang bertempat di Akademi SPRM, Bukit Tunku. Wartawan Firdaus Azil turun ke sana bagi membuat liputan, disamping mendapatkan perkembangan terkini mengenai beberapa kes baharu.