Malaysia cadang kongsi maklumat penjenayah seks antarabangsa negara ASEAN

Datuk Seri Dr Wan Azizah memaklumkan Malaysia mencadangkan kerjasama perkongsian maklumat mengenai penjenayah seks antara negara ASEAN bagi tujuan mengekang aktiviti mereka terutama pedofil. Langkah tersebut jelas beliau penting bagi memastikan kanak-kanak dilindungi daripada eksploitasi seksual.