Malaysia cadang mata wang berasaskan emas - Dr Mahathir

Malaysia mencadangkan mata wang baharu berasaskan emas kerana ia lebih stabil berbanding dagangan dalam mata wang semasa. Jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Tenggara.