Tutup

Malaysia cadang tingkat pengeluaran durian

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan peningkatan pengeluaran durian untuk tujuan komersial kepada 443 ribu tan pada tahun 2030. Sasaran itu didorong kerancakan pembangunan industri durian yang dilihat mampu memberi peluang buat usahawan dan pemain industri menambah pendapatan, selain menjadi sumber kekayaan baharu buat negara.