Malaysia Halal Expo 2019 platform produk tempatan ke Jepun

Malaysia Halal Expo 2019 (MHE2019) yang bermula pada Khamis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran halal di Jepun. Dengan tema Malaysia To Japan 2020 Olympics, MHE 2019 merupakan kesinambungan kepada memorandum kerjasama berkaitan halal Malaysia-Jepun pada 26 November tahun lalu.