Tutup

Malaysia komited tangani isu orang tidak bernegara - Muhyiddin

Isu orang tidak bernegara adalah masalah kritikal yang memerlukan perhatian antarabangsa kerana boleh memberi impak negatif bukan sahaja kepada negara terbabit bahkan seluruh rantau. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sendiri berhadapan dengan masalah lambakan orang tidak bernegara (statelessness) dari rantau Asia sejak sekian lama.