Malaysia mahu pelajari teknologi Huawei

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penggunaan infrastruktur 5g yang dibangunkan syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei, adalah seiring dengan hasrat Malaysia mempelajari kemajuan teknologi. Perdana Menteri memberi jaminan tiada perlu dibimbangi, termasuk dakwaan kononnya teknologi berkenaan digunakan untuk aktiviti pengintipan oleh China.