Malaysia mahu prosedur mudah eksport Musang King ke China

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan. Berbincang dengan kerajaan China dalam isu prosedur bagi memudahkan eksport durian Musang King ke negara itu. Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, selain itu, tiga lagi produk yang dibincang membabitkan isu sama adalah nangka, sarang burung walit dan ikan hiasan.