Malaysia - Qatar pertingkat hubungan dua hala

Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan hari ini, yang dimulakan dengan mesyuarat empat mata. Kedua-duanya kemudian menghadiri mesyuarat delegasi kedua-dua negara yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.