Malaysia sedia hantar bantuan tangani jerebu di Indonesia

Kerajaan Malaysia memandang serius masalah kebakaran hutan dan ladang yang berlaku di Indonesia ketika ini. Untuk itu, Malaysia sedia menghantar anggota dan pegawai bomba ke Indonesia bagi menangani masalah yang menyebabkan jerebu di republik berkenaan.