Malaysia - Singapura bincang isu ruang udara Pasir Gudang hari ini

Perbincangan berhubung isu ruang udara Pasir Gudang, Johor antara Malaysia dan Singapura dijangka berlangsung, di Singapura, hari ini. Pada mesyuarat itu, Malaysia diwakili oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.