Malaysia-Singapura setuju gantung kewujudan RA di Pasir Gudang

Malaysia-Singapura bersetuju menggantung keputusan mewujudkan Kawasan Larangan Kekal, RA di ruang udara Pasir Gudang dan pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen, ILS di Lapangan Terbang Seletar, Singapura. Sebagai permulaan, ia berkuat kuasa serta merta secara bersama selama tempoh sebulan.