Malaysia sokong kekalkan tahap pengeluaran semasa minyak global

Malaysia menyokong cadangan deklarasi kerjasama mengekalkan tahap pengeluaran minyak global semasa yang dilanjutkan selama sembilan bulan sehingga 31 Mac 2020. Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali walaupun bukan anggota OPEC dan sebagai negara pengeluar kecil, Malaysia menyokong inisiatif bersama untuk kestabilan pasaran global.