Malaysia terkena serangan siber Ransomware

Malaysia juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan siber Ransomware. Menurut Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Zulkarnain Mohd Yasin, berdasarkan penilaian awal, pihaknya mengesan ia turut berlaku di negara ini.