Malaysia tidak akan jadi negara maju jika sungai, udara tercemar

Malaysia tidak akan mencapai atau diiktiraf sebagai status sebuah negara maju jika sungai dan udara masih tercemar serta hutan belantara terancam. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, aspirasi negara itu hanya akan dapat dicapai apabila pembangunan fizikal seiring dengan pemeliharaan alam sekitar.