Malaysia tidak beli sistem pengintip siber dari Israel

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak ada hubungan dengan Israel. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan laporan bahawa Malaysia ada membeli sistem daripada syarikat pengintip siber Israel bagi membolehkan pihak berkuasa menyusun maklumat dari rangkaian sosial dan mengintip orang awam.