Malaysia tidak boleh terima budaya LGBT

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sekali lagi, Malaysia tidak boleh menerima budaya LGBT, walaupun dipaksa oleh negara pengamal budaya songsang itu, khususnya negara barat. Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke London.