Tutup

Malaysia tolak tanggapan tidak patuhi sekatan PBB

Malaysia menafikan tanggapan bahawa negara ini tidak mematuhi sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas republik demokratik rakyat Korea oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia telahpun memberi maklum balas terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pihak panel pakar, dan akan bekerjasama penuh dengan badan-badan itu sebagaimana yang telah dilakukan pada masa-masa lalu.