#MalaysiaMemilih: BN Kedah yakin mampu laksanakan 100 peratus Manifesto

Barisan Nasional (BN) Kedah yakin mampu melaksanakan 100 peratus Manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam tempoh lima tahun akan datang khusus buat rakyat di negeri ini. Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keyakinan itu bersandarkan kepada pencapaian 97.6 peratus aku janji BN Kedah pada PRU13 yang lalu.