Hari demi hari, dunia semakin maju. Peredaran dan evolusi pola politik di Malaysia boleh dilihat setiap kali menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU). Hal ini kerana, pendekatan yang digunakan oleh parti-parti politik untuk mendapatkan perhatian rakyat adalah berbeza dan semakin lama semakin maju mengikut peredaran zaman dan teknologi.