#MalaysiaMemilih: Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut, Pangkor

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun. Ia diumumkan pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam majlis pengumuman calon BN Perak di kediaman rasmi Menteri Besar Perak hari ini.