#MalaysiaMemilih: "Kalau tidak keluar mengundi, apa hak kamu untuk komen?" - Prof. Madya Dr. Shamrahayu

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dimana rakyat diberi hak dan peluang untuk memilih kepimpinan negara. Namun, menjelangnya Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) ini telah wujud beberapa gerakan dan ideologi untuk melakukan undi rosak mahupun tidak keluar mengundi. Ia merupakan sikap negatif dan menjurus kepada kerosakkan sistem demokrasi yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Ironinya adalah, peluang telah diberi, namun mengapa sia-siakan demi secebis ego semata-mata? Tepuk dada, tanyalah selera.