#MalaysiaMemilih: Masyarakat dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia

Mendidik masyarakat adalah suatu cabaran buat para pendidik serta pemimpin di Malaysia. Walaupun perlembagaan telah menerangkan dengan jelas, namun pendekatan yang berbeza perlu diberikan kepada masyarakat agar mereka lebih peka terhadap tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .