#MalaysiaMemilih: "Pengundi muda mahukan keikhlasan dalam perubahan yang dijanjikan," - Amir Fareed Rahim

Inisiatif mengambil hati anak muda untuk mengundi sesebuah parti politik memerlukan usaha yang lebih dinamik. Hal ini kerana, generasi pada hari ini membesar di dalam senario yang berbeza berbanding generasi lain malah begitu juga dengan gaya pemikiran yang berbeza. Oleh itu, parti-parti politik perlu menitikberatkan keikhlasan dalam perjuangan yang mereka lakukan kerana itu lah anak muda mahukan.