Tutup

Manfaat besar buat Sibu

Bandar Sibu dijangka terima limpahan ekonomi termasuk pelancongan susulan langkah Royal Brunei Airlines (RBA) yang lebarkan sayap ke bandar raya itu. Dengan enam penerbangan seminggu, Sibu kini boleh dihubungkan terus dengan Bandar Seri Begawan. malah penerbangan sulung RBA di Lapangan Terbang Sibu disambut Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.