Mangsa banjir di Segamat belum dibenarkan pulang

Biarpun cuaca mulai baik sejak pagi tadi, keadaan paras air banjir di daerah Segamat, Johor masih belum pulih dan tidak menunjukkan perubahan ketara. Sehingga petang Ahad, angka mangsa banjir juga tidak berganjak iaitu 103 daripada 22 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara.