Tutup

Mangsa lemas ketika mencari kepah ditemui

Mayat seorang lelaki yang lemas ketika mencari kepah di Pantai Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas ditemui jam 11.20 pagi tadi, kira-kira dua batu nautika dari tempat kejadian. Penolong Kanan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Mohd Fauzi Shuib memaklumkan mayat Mohamed Zulfadhli Mohamed Johari, ditemui terapung di perairan Kota Kuala Muda, Kedah sebelum dibawa ke Kuala Muda, Penaga.