Tutup

Mangsa tembak dikebumikan pada Sabtu

Perkarangan Unit Forensik Hospital Pulau Pinang dipenuhi ahli keluarga, saudara mara serta rakan mendiang Ruby Lee Poh Ai. Mayat mendiang dituntut ahli keluarga kira kira jam 3.25 petang selepas proses bedah siasat selesai. Mayat kemudian dibawa ke Krematorium Batu Gantung untuk upacara keagamaan dan penghormatan terakhir. Mendiang akan disemadikan Sabtu ini. Ahli perniagaan dalam bidang logistik perkapalan berusia 49 tahun itu mati ditempat kejadian selepas terkena 6 das tembakan di badan.