Tutup

Manusia tertinggi sukar beli baju raya

Nama Mohd Azli Hisyam Abdul Ghafar memang tidak asing di negara ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Paloh 3 Gua Musang Kelantan. Ini kerana pemuda berkenaan mempunyai ketinggian luar biasa. Namun menjelang hari raya, ada seperkara lagi yang menjadi masalah buat Mohd Azli Hisyam. Disebabkan tinggi, sukar baginya mendapatkan saiz baju sebagai pakaian di hari raya.