Mara banyak bantu masyarakat melayu

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) membuat dakwaan melulu serta tidak berasaskan fakta mengenai Majlis Amanah Rakyat (Mara). Menurutnya, mana mungkin Mara 'melingkupkan' orang melayu tatkala agensi itu melahirkan lebih sejuta pelajar berjaya, di samping menyediakan pendidikan dan kebajikan yang baik kepada masyarakat.