MARA komersilkan produk inovasi

Kebolehpasaran graduan masa kini banyak tertumpu kepada individu yang mempunyai usaha dan idea bagi menghasilkan pelbagai inovasi kreatif mengikut kesesuaian dalam bidang pekerjaan. Sebagai menepati kehendak pasaran glokal, malaysia tidak pernah ketinggalan dalam melahirkan lebih ramai golongan graduan dan belia yang berinovasi. Untuk kali ini Astro Awani meninjau hasil inovasi dan kreativiti golongan muda negara di German Malaysia Institute - GMI.