Masa depan TN50 di tangan anak muda - KJ

Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diaspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak tahun lalu bermula dengan segmen belia kini menjadi gerakan massa. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hampir dua juta rakyat didekati melalui pelbagai platform dengan lebih 60,000 aspirasi melalui dialog, perbincangan kecil dan kumpulan fokus serta media sosial.