Masalah alamat rumah tidak lengkap di Pangkor selesai

Pos Malaysia Berhad berjaya menyelesaikan masalah alamat rumah tidak lengkap yang dihadapi lebih tiga ribu 400 rumah di Pulau Pangkor, Perak. Ia dilaksanakan menerusi projek alamat untuk semua (AFA) hasil kerjasama Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).