Tutup

Masalah Bagang jejaskan pendapatan nelayan Kampung Sri Serbang

Menghabiskan masa di lautan hampir lapan jam setiap hari, namun hasil tangkapan nelayan di Kampung Sri Serbang, Bongawan hanya sekadar cukup makan. Kebanyakan mereka yang terdiri daripada Golongan Berpendapatan Rendah (B40) terpaksa bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah, pendapatan para nelayan di kampung ini semakin terjejas berikutan terdapat aktiviti Bagang yang didakwa nelayan luar.