Masalah 'Bendang Termenung' jejas hasil pesawah Kedah

Sistem saliran air yang dibina lebih tinggi berbanding kedudukan kawasan petak sawah padi menjadi punca utama berlakunya fenomena "Bendang Termenung" di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang, Kedah. Keadaan ini menjadikan para petani di kawasan terbabit mengalami kesukaran terutamanya bagi proses menabur dan menyulam benih padi.